BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

insan yang memahami...

Helozzzz...

Saturday, March 19, 2011

antara aq n couple...


Tetiba jer rase nak tulis jiwang2 nie...
korunk enjoy jer rr..
cube korunk tgk muke aq ni btl2???
ade muke cam dah berpunye ke?
ke muke org yg still single?
bgtau aq cpt!!
sape cpt x dpt ape2!!
hehehe...:p

ntah r..
aq pon x tau status aq skunk..
bler aq ckp aq bercouple mesti x de sape yg caye...
klu aq ckp aq x bercouple mesti ade
org x caye gak..
aq nie bkn ape...
aq rase klu couple rugi klu x couple pon rugi..
runsing2...
terus terang aq ckp..
aq sebenarnye penah rrr couple nie...
lebih kurang cam tu rrr..ntah aq pon xtau nak ckp ape..
tup tup...senyap cam tu je...
nak kate couple lg x terkata..
nak kata x couple lg rr x terkate..
huhuhu..
Aq klu dah suke kat seseorang nie..
ade rr bende2 yg aq slalu terbuat dgn x sengaja..

1.aq akn slalu tnye khabar dier.(kirim salam rr slalunyer)..
2.aq akn ambik berat tntg keadaan dier..
3.aq suke nak mengetahui tntg cite silam dier...
4.klu nak cuople,aq akn ambekmase yg lameuntk declare(dlm 1 bln lebih kot)
5.aq akn buat care aq..(i am who i am)
tu je kot...
sebenarnyer bnyk lg..
tp mls rr nak cite pnjg...hehehe...

slalunyer couple nie jd lain dari diri sndiri...
semata2 nak kelihatan sempurna di mata pasangan..
tp aq bkn jns org yg cam tu..
klu adehbngn tu mesti rr terima yg seadanya..
bkn juz suke2 jer..
ari ni dgn si d
ie..
esk ngan org laen plak..
kdg2 aq plek tgk org kat luar tu..
time couple bkn m
aen hbt agi..
ckp nak sehidupsemati rr
tup tup... bln dpn putus..
2-3 ari pas tu couple ngan org laen plak..
sngt hebatmereka..
(muke market kot..cam kwn aq yg sorang tu)

haa..
bnde2 nie aq x suke berlaku time
aq terikat ngan seseorg...

1.suke sgt nak atur idup aq(kes2 yg mlmpau rr cam nak tntukan kwn2 aq)
2.nak msj 24 jam even dah x de mende nak ckp(membuatkan aq naek bsn...mmg aq akui kekadang tu rindu rr gak..tp pada2 rrr...)
3.call aq ari2 time aq ade ngan family(klu stakat 10-15 mnt tu oke lg rr)
4.suke mntk aq belikan pape(aq bkn rr kdkt sngt...tp jgn rr brg sendiri pon mntk aq belikan...klu dak kompom x pe rr gak..)5.suke ajk aq kuar ari2(klu skali skale x pe rr gak..tp kluari2x ke naya..)

dah rr
tu je kot aq mere
pek ari nie..
tetibe je rase nak merepek psl isi ati aq..
jgn plak korunk nak ckp cam nie
(ingt ko tu perfect sgt ke)
aq x perfect...smprna pon x..
tp aq berusaha untk mncapai kesempurnaan tu..
aq masih bnyk ag kekurangan..
lg2 bab mnjaga atin perasaan
seorg perempuan nie..
bnyk lg yg aq nak kene bljr..
kdg2 aq jelez gak tgk member2 dah berteman nie..
x de rr idup sunyi jer..
tp aq pikir2 bleklg baek aq single dr couple...
tp aq nak gak try couple..
lgpon aq x puas ag idup single nie..
kang nnti umor 26 dah kawen..
hmm...sebenarnyer aq taget na
k kawen time umor aq 26..
11 thn ag...insyaallah time 2021..
hurmmm gtl x aq..
mude2 ag dah brg
n nak kawen..
hahaha...
semoga aq bertemu ngan seseorg yg mmpu terima aq seadanye..
aq idup nie pon entah sampai bile ag...
so..aq nak enjoy idop si
ngle nie sepuasnyer..
tu je rr kot..
jgn rr bosan bace bebelan aq nie..
k..salam..

hatiku tlh dicuri

Tuesday, March 15, 2011

KHas buat pembenci

Love and hate ~ picture by Leox90 of Deviant Art.

Bukan semua orang suka saya. Saya sedar yang itu. Mustahil seseorang itu disukai dan disenangi semua bukan?

Ada pembenci yang saya tahu dan kenal. Ada juga pembenci yang saya tidak tahu dan tidak kenal pun. Semestinya artikel ini khas buat pembenci yang saya tahu dan saya kenal sahaja. Sebab pembenci yang saya tidak tahu dan saya tidak kenal itu, apa yang boleh saya katakan kepadanya bukannya apa2..

Salah dan silap saya

Saya akui saya ada buat salah dan silap yang mungkin sebahagiannya saya sedari, dan kebanyakannya tidak saya sedari. Salah silap itu mungkin dilakukan oleh saya yang hari ini, juga mungkin dilakukan oleh saya yang semalam, juga mungkin dilakukan oleh saya tahun-tahun yang telah berlalu.

Mungkin ayat yang saya boleh pakai adalah, saya bukan maksum, sempurna, untuk tidak melakukan dosa dan kesalahan langsung. Tetapi saya tidaklah hendak memakai ayat itu untuk memadamkan atau buat tidak peduli dengan salah yang saya telah lakukan, jika ada. Namun, kebenarannya, saya juga manusia, sebagaimana kamu-kamu yang membenci saya juga.

Maka sekarang, jika benar saya ada salah dan silap saya, tunjukkan di mana saya salah, di mana saya silap. Nyatakan apa yang tidak puas hati. Apa yang dirasakan meluat. Apa yang tidak sukanya. Apa yang dibencinya. Nyatakan segala-galanya.

Kalau benar saya salah, saya akan minta maaf dan kalau mampu saya akan menebus kesilapan saya.

Orang-orang yang saya tahu mereka tidak suka saya

Orang-orang ini, saya rasa saya sudah berusaha mencari mereka. Mesej mereka. Tanya apa silap dan salah saya. Ada waktu, saya kenal siapa kenalan mereka, dan minta kenalan mereka tanyakan apa masalahnya.

Tetapi hampanya, saya tidak mendapat jawapan. Mesej tidak dibalas. Ataupun, jawapan yang selalunya diterima adalah: “Dah dia memang macam itu.”

Ya, saya memang macam apa? Macam itu, itu macam apa? Macam mana saya nak selesaikan masalah ini, kalau saya pun tak tahu nak selesaikan daripada apa.

“Ubah diri tu.” Jawapan ini juga saya pernah terima. Jadi, nak ubah diri daripada mana? Saban hari saya berusaha mengubah diri, semestinya mengubah diri memakan masa, namun persoalannya adakah usaha saya untuk mengubah diri itu diambil kira oleh ‘peminta’? Akhirnya saya buntu. Nak apa sebenarnya? Tapi tak pernah beritahu.

Yang lebih menyayat hati, selepas saya berikan mesej bertanyakan apakah salah saya, dan saya nyatakan juga di dalam itu bahawa jika saya tahu saya nak perbaiki silap saya, saya nak tebus salah saya, selepas itu saya tetap dicaci-caci dan diumpat keji.

Apakah ini?

Macam budak tadika pun ada kadangkala

Pernah ada seorang itu, berani bercakap dengan saya akan perkara ini. Namun apabila bincang dan berbincang, dia tidak dapat membuktikan bahawa saya bersalah di dalam hal yang dia jadikan faktor kebenciannya terhadap saya.

Namun, berbanding permintaan maaf yang sepatutnya saya dapat kerana difitnah hingga dibenci, saya pula yang dinasihatkan dengan nasihat begini: “Kau ni kan, tak boleh ke angguk sahaja?”

Aik? Angguk apa? Angguk pada salah yang saya tak buat? Saya tanya begitu. Dan pedihnya hati saya, apabila dia membalas: “Ha’ah. Iyakan je la apa yang kami kata. Tak boleh? Kenapa mesti nak bela diri tu sangat?”

Sudah. Macam mana saya boleh hidup jika saya perlu mengiyakan semua kesalahan yang saya tidak buat? Jika begitu, saya lebih rela tidak mendapat ‘kemaafan’.

Kadang-kadang saya lihat, begitulah. Pembenci-pembenci yang saya kenal, apabila saya meminta sebab mengapa membenci saya, tidak mampu memberikan jawapan. Kadang-kadang pula, jawapan yang diterima mengecewakan. Lebih teruk, ada waktu saya memberikan penjelasan untuk menegakkan kebenaran, mereka tidak mahu mendengar. Bahkan, bila saya membela diri, saya dikatakan ego, keras kepala, dan asyik nak menang sahaja.

Melihat ini, saya rasa macam budak tadika pun ada.

Tak rasional langsung.

Cerita saya, tak ada yang mahu dengar

Pernah satu peristiwa semasa cuti di Malaysia, ada satu fitnah timbul melibatkan saya dengan seseorang. Habis saya dihentam oleh kawan-kawan ‘seseorang’ itu, kerana kelihatannya saya adalah seperti orang jahat la dalam ‘drama’ itu.

Tetapi tiada siapa yang mahu pergi dan bertanya kepada saya pula, apa yang saya buat, dan apa kronologi yang saya lalui. Kemudian saya terus ‘dihukum’?

Saya yakin kalau benda yang sama yang terjadi pada diri saya, terjadi kepada pembenci-pembenci saya, mereka juga tidak suka.

Saya tidak minta pun ‘minta maaf’ kamu.

Saya adalah yang tidak kisah pun kalau orang tidak minta maaf kepada saya, jika mereka bersalah. Saya sudah rasa cukup dengan ‘penerimaan’ mereka sahaja. Tidak mengapalah jika malu untuk mengaku bahawa telah tersalah mentohmah saya dengan pelbagai perkara. Tetapi apa salahnya dihentikan ‘pembencian’ ini sekiranya tidak memberikan apa-apa makna?

Dan sekiranya benar saya adalah yang salah, sekiranya benar sayalah yang menimbulkan huru-hara, di manakah salahnya jika ditunjukkan bukti kepada semua tohmahan dan umpatan itu. Mengapa mesti takut berkata benar jika benar yang salahnya adalah saya.

Orang tak hitung

Kadangkala orang tak menghitung bagaimana terseksanya jiwa dilayan demikian. Orang tak tahu bagaimana peritnya hati dilayan sedemikian.

Bukan nak menafikan kesalahan kalau benar salah. Kalau salah, salahlah. Tetapi mengapa mesti ‘dihukum’ sebelum ‘pengadilan’? Mengapa saya tidak diberikan hak untuk tahu di mana salah saya, atau diberikan hak menjelaskan apa yang disangka sebagai ‘kesalahan’ saya?

Orang hanya peduli titisan air mata mereka. Orang hanya kisah perasaan mereka. Orang hanya tahu kepuasan mereka.

Tetapi apakah mereka pernah kisah perasaan saya yang berada di tengah-tengah perkara ini?

Tahukah betapa peritnya apabila kita usaha nak tahu di mana salah kita, agar hubungan itu dapat diperbaiki, tetapi kita tidak diendahkan? Dan tahukah peritnya selepas usaha-usaha itu, suara busuk masih kedengaran?

Orang tak hitung pun.

Penutup: Jika benci, mari sama-sama leraikan kebencian

Jika punya masalah dengan saya, bukanlah satu kekurangan untuk pergi kepada saya dan berbincang. Berbanding menyebar-nyebarkan cerita yang entah betul dan entah tidak, yang kemudiannya memberikan efek buruk.

Saya sedia meminta maaf atas kesalahan saya, bahkan silalah beritahu apa yang saya perlu lakukan agar hati-hati kamu menjadi senang dan tenang, agar kamu boleh menerima saya. Sekiranya benar saya salah, saya akan menundukkan kepala memohon kemaafan dan berusaha bersungguh-sungguh menebus kesalahan saya.

Mari sama-sama leraikan kekusutan ini.

Mengapa mesti begini?

Dan mungkin akan wujud mereka yang ‘keras kepala’, atau menjadi lebih ‘bersemarak’ selepas membaca artikel ini. Kepada mereka ini, saya di sini dengan tegas hendak menyatakan:

“Saya akan berdoa kepada Allah memohon pengadilan antara kita. Saya menundukkan kepala saya bukan untuk dipijak. Saya menundukkan kepala saya hanya untuk memperbaiki hubungan kita. Tetapi sekiranya kamu berkeras kepala, biarlah Allah menggariskan garisan antara kita. Sesungguhnya Allah itu jugalah pemisah antara kebenaran dan kegelapan yang nyata.”

Selebihnya, saya pulangkan kepada Allah SWT.

Saturday, March 12, 2011

Sahabat yg kucari..

Masalah yang menimpa,
Yang telah jatuh bertimpa-timpa,
Membuatkan aq kesunyian,
Aq yang sepi tanpa teman..

Taktala aq tercari-cari sahabat yg sejati,
Engkau muncul tanpa kusedari,
Menghulurkan persahabatan yang kucari,
Untuk dirimu yg juga sunyi...

Namun ketikaku terpaling sebentar,
Engkau telah menghilang ,
Bagaikan debu pasir yang berterbangan ditiup angin,
Meninggalkan aq yg kini kembali kesunyian,
Didalam yang terlalu kejam ini...

Aq sadang mencari apa itu yang dikatakan "SAHABAT",
Aq mencari di seantero dunia,
Aq menyelusup ke seluruh pelusuk benua,
Aq merantau dari negara ke negara,
Hanya kerna ingin mencari,
Apa itu SAHABAT SEJATI...