Assalammualaikum...salam sejahtera kpd sume yg mengikuti
blog ini..terima kasih...
DIbawah ini adalah sebuah sajak yg diilhamkan oleh EMIY..harap boleh nikmati..
Mungkin kerana kita ini leka ,
Sering kali apabila pena terlepas dari genggaman ,
Ucapan 'oppss...' mendahului Allah ,
Tatkala perut berkeroncong sudah diisi ,
Ucapan ' Haa...kenyang '
Mengatasi ' Alhamdullillah '
Apabila diri terpegun dgn keindahan alam
Pujian ' subhanallah ' terkambus oleh kata ' cantiknya '....
Ada masa kematian mengunjungi
' Kasihannya ...' terucap juga tanda simpati
tapi kita lupa pada
' Innalillahiwainnailaihirajiun '
Kadang kala kita terleka
Kadang kala kita terbiasa
Mungkin kerana sudah alpa
Namun teman ...
Berhati-hatilah...
Apabila Izrail datang menjenguk
Ucapan ' Lailahaillallah...' tetap juara ,
Mengatasi segala kata ...


0 comment...:
Post a Comment