BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

insan yang memahami...

Helozzzz...

Thursday, August 25, 2011

huhu...SahAbaD..

sahabat...
adakah engkau sahabatku...
jikalau aku bukan sahabatmu...
adakah engkau temanku...
jikalau aku bukan temanmu...
terimalah aku menjadi temanmu...
jikalau engkau tidak mahu menerimaku...
jadikanlah aku sahabatmu...

kerana aku memerlukan sahabat dan teman...
disaat aku tersesat...
dimasa aku alpa dengan kehidupan duniawi...
dikala aku terlupa akan kewajibpanku sebagai hamba...
kerana disaat,dimasa dan dikala itu...
engkau boleh membantuku...

menunjukkan aku jalan keluar disaat aku tersesat...
membimbingku dimasa aku alpa...
mengingatkan aku dikala aku terlupa akan tanggungjawabku...
untuk membantu menegakkan panji-panji islam...
untuk membantuku membina semula keagungan islam...

dan disaat engkau tersesat...
dimasa engkau alpa...
dan dikala engkau terlupa...
akan ada aku...
untuk membantumu...
akan ada aku...
untuk menunjukkanmu...
akan ada aku...
untuk mengingatkanmu...

kerana itu adalah tanggungjawabku...
untuk membantumu...
dan itu jugalah tanggungjawabmu...
untuk membantuku...

ingatlah hai sahabat dan teman2...
kita hanyalah manusia...
manusia yang sering lupa...
sering lupa segala-galanya...
untuk itu...
kita memerlukan sahabat dan teman2...
untuk kita saling...
ingat-mengingati...

0 comment...: